5 Photo Kembar Asiya dan Safiya Yang Menarik Perhatian Netizen Sedunia

1543
0
SHARE

Siapa sahaja yang tidak sukakan anak kembar. Ramai pasangan berkahwin amat berharap untuk dikurniakan dengan cahaya mata kembar supaya mereka mempunyai teman untuk membesar bersama.

Antara pasangan kembar yang begitu terkenal adalah Asiya dan Safiya yang berasal dari Moscow, Rusia. Dengan wajah yang begitu comel, bermata galak dan mempunyai rambut ikal mayang, kedua-dua si comel ini benar-benar mencuri hati penduduk seluruh dunia.

Kredit: Youtube

Malahan, kedua-dua Asiya dan Safiya juga sangat pemurah senyuman setiap kali aksi mereka dirakamkan di dalam video.

Kredit: Twitter

Tetapi jika dilihat secara sekilas pandang, anda pasti mengalami kesukaran untuk membezakan yang mana satu Asiya dan yang mana satu Safiya. Malah ibu mereka sendiri, Elya turut memaklumkan bahawa dia turut kadangkala mengalami kekeliruan untuk membezakan kembar yang cantik ini.

Kredit: Facebook

Dilahirkan pada tanggal 29 Januari 2014, Asiya dilahirkan dahulu 10 minit sebelum Safiya.

Kredit: Pinterest

Di samping itu, kembar ini turut mempunyai kakak yang bernama Khadija dan Aisha yang juga sangat cantik dan comel. Mereka sekeluarga benar-benar diminati oleh ramai netizen terutamanya dari Malaysia, Indonesia, Rusia dan pelbagai negara lain.

Lihat beberapa video comel pasangan kembar Asiya dan Safiya yang tidak lokek dengan senyuman. Cair saya melihatnya.

Posted by Bukanaku on Thursday, 24 August 2017

Sumber : Era Baru

 

Loading...
SHARE