Akhirnya Cincin Pertunangan Bertahtakan Berlian Milik Pasangan Ini Ditemui Setelah 9 Tahun! Namun Tempat Ia Ditemui Sangat Mengejutkan!

492
0
SHARE

Anda pasti pernah kehilangan barang sehingga membuatkan anda pening untuk mengingat semula di manakah anda meletakkannya. Nasib anda baik jika anda berhasil menemukannya semula, tetapi bagaimana pula jika anda tidak berjaya menjumpainya semula? Pastinya sangat mengecewakan dan menyedihkan lebih-lebih lagi jika barang yang hilang itu adalah sesuatu yang sangat berharga seperti cincin pertunangan atau perkahwinan.

Pasangan Brick Justin dan Margaret Mussel mengalami kejadian tersebut apabila cincin pertunangan bertakhtakan berlian hilang ketika mereka berada di Itali sembilan tahun lalu.

Tetapi apa yang menariknya, selepas sembilan tahun mereka kini menemui semula cincin tersebut. Anda tahu di manakah mereka menemui cincin itu semula? Cincin itu tersekat di tar jalan kaki yang retak. Tidak percaya? Ikuti kisah mereka…

Pasangan ini telah berkahwin pada 2006 dan  pada 2008 lalu mereka telah berkunjung ke San Marco dei Cavoti, sebuah bandar di selatan Itali di mana keluarga Margaret tinggal.

“Sebelum itu kami telah melawat Pompeii dan ia sangat panas,” kata Justin. “Cincin isteri saya longgar, tetapi dia tidak menyedari ianya telah hilang. Sampai sahaja di rumah dia terus tidur dan ketika dia bangun barulah dia sedar cincinnya tiada di jarinya.”

Pencarian dilakukan di seluruh tempat, tetapi tidak berhasil. Mereka berfikir mungkin cincin itu jatuh di Pompeii dan jika benar memang tiada harapan untuk mereka mendapatkannya semula.

“Jika ia hilang selain di A.S., ia tidak akan dilindungi,” katanya. “Saya membeli cincin lain untuk menggantinya beberapa tahun kemudian. Saya tidak pernah dalam mimpi untuk menemuinya semula. “

Pada musim panas lalu, Justin dan Margaret yang kini merupakan ibu bapa kepada dua orang anak lelaki, telah membawa keluarganya kembali ke San Marco dei Cavoti.

Mereka duduk di bangku di halaman depan rumah pada petang 5 Ogos apabila sesuatu telah menarik perhatian Justin: Setiap kali kereta memandu, “Saya melihat kelipan cahaya keluar dari keretakan jalan di kaki lima.”

Siapa sangka selepas sembilan tahun mereka menemui semula cincin mereka yang telah hilang!

Justin segera memberitahu isterinya akan perkara ini. “Saya fikir dia gila,” kata Margaret. “Saya fikir tidak mungkin cincin di sana.’ Saya tidak percaya. Saya fikir dia hanya bergurau.”

Mereka juga berkata mungkin semasa cincin tersebut jatuh ianya melantun sehingga termasuk ke dalam rekahan jalan tersebut dan berliannya terbalik menghadap ke bawah.

Margaret bercadang untuk memberikan cincin tersebut kepada salah seorang anak lelakinya apabila tiba masanya mereka berkahwin kelak.

Sumber :Era Baru

 

Loading...
SHARE