Amyra Rosli Ditegur Netizen Kerana Tak Beri Anak Susu Badan?

156
0
SHARE

Sejak pasangan Amar Bahrin dan Amyra Rosli menimang cahaya mata lelaki pada 15 Oktober lalu, mereka tak pernah mendedahkan wajah anak mereka.

Ramai peminat termasuk MH sendiri tak sabar untuk melihat bayi comel tersebut. Maklumlah mungkin terlalu awal mendedahkan wajah dan nama bayi mereka.

Gambar bayi mereka hanya dikongsikan di laman Instagram masing-masing serta Instagram si kecil tu sendiri mereka hanya memaparkan wajah sisi si kecil itu sahaja.

Namun, menerusi perkongsian Amyra yang terbaru ini, nampaknya sesetengah netizen tidak berpuas hati apabila melihat tindakan Amyra memberi anak sulungnya itu dengan susu botol.

Disebabkan itu, mereka mendakwa pelakon itu tidak memberi anaknya susu badan.

Bagaimanapun, perkongsian Amyra juga mendapat komen positif daripada pengikutnya yang berkata tak perlu menilai Amyra dari hanya melihat gambar sahaja. Kemungkinan susu badan itu disimpan dan menggunakan botol susu.

Kalau hendak fikirkan kata-kata negatif orang luar, memang boleh tertekan dibuatnya kan. Lagipun Amyra dan Amar pasti tahu apa yang terbaik buat anak sulung mereka.

Janganlah terlalu mengkritik cara seseorang itu membesarkan anak mereka kerana kita sendiri belum tentu sempurna kan. Chill okay?

Apapun jom #MHBelanjaGambar Amyra buat korang dengan anak sulungnya.

Apa Kata Anda?

Sumber :mediahiburan.my

Loading...
SHARE