Farah Nabilah Perjelas Situasi Kelihatan ‘Tergedik-gedik’ Dengan Zul Ariffin

3151
0
SHARE

Gandingan pelakon drama Titian Cinta, Zul Ariffin dan Farah Nabilah telah diberi peluang menyampaikan trofi Anugerah Skrin 2017 yang berlangsung beberapa hari lepas.

Namun begitu, ada yang berpendapat Zul Ariffin tidak sporting kerana tidak bekerjasama dengan Farah Nabilah ketika beraksi sweet membetulkan kolar baju dan meminta Zul Ariffin menyanyikan lagu viral Baby Shark Doo Doo pada malam itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

BH Online melaporkan, Farah tidak tidak pasti sebab sebenar Zul enggan memberi reaksi sepatutnya ketika ‘diusik’ pada malam itu:

Saya sebenarnya mengikut apa yang diatur produksi. Semuanya dirancang awal dan dinyatakan dalam ‘cue card’. Cuma, saya tak pasti kenapa Zul memberi reaksi begitu.

Mungkin Zul malu atau mahu ‘control macho’, saya tak pasti. Tak apalah, perkara sudah berlalu.

Farah Nabilah bagaimanapun tidak menafikan hanya dia seorang hadir ke latihan raptai penyampaian trofi tersebut:

Zul tidak hadir kerana dikhabarkan ada komitmen lain.

 

Ada antara peminat menganggap Zul memalukan Farah Nabilah kerana tidak memberi respon ketika kolarnya ingin dibetulkan manakala dan menolak menyanyikan lagu Baby Shark tersebut menyebabkan dia kelihatan ‘tergedik-gedik’.

Setelah drama Titian Cinta menamatkan siaran, ramai yang memuja idea percintaan pasangan ini di luar drama, mungkin terkesan dengan lakonan mereka dalam drama itu. Farah tidak ambil pusing kerana antara mereka memang tiada apa-apa hubungan istimewa:

Biasalah, peminat suka menjodohkan pelakon yang mereka suka. Saya tak ambil pusing. Kami tiada hubungan istimewa pun. Apa yang disaksikan dalam drama itu hanya lakonan, kami hanya merealisasikan tuntutan watak.

Mungkin Zul tidak perasan berkenaan cue card memandangkan dia tidak menghadiri raptai, atau mungkin juga Zul sememangnya tidak mahu berbuat demikian ‘kontrol macho’, atau kerana mahu menjaga hati mana-mana pihak, hanya dia tahu jawapannya.

Gandingan mereka menjadi dan mungkin mereka berdua patut berlakon bersama lagi selepas ini. Pasti meletup! – beautifulnara.com

Loading...
SHARE