JODOH SEPASANG KEKASIH TAK KESAMPAIAN…. Sesungguhnya jodoh, pertemuan dan maut semua adalah kerja Allah dan tidak ada seorang pun yang boleh mengelak dari ketentuan-Nya…

509
0
SHARE

Sesungguhnya jodoh, pertemuan dan maut semua adalah kerja Allah dan tidak ada seorang pun yang boleh mengelak dari ketentuan-Nya. Begitu juga sebuah perhubungan, merancang setinggi menggunung macam mana pun, tapi kalau Allah tidak membenarkan perhubungan itu pergi lebih jauh, pasti ianya akan terputus jua.

Kita sebagai manusia hanya mampu merancang kerana setiap rencana kejadian yang berlaku adalah di luar jangkaan manusia itu sendiri.

Hari ini kami ingin kongsikan satu cerita mengenai kisah seorang lelaki yang sudah lama menjalin hubungan cinta dengan kekasih hatinya. Hubungan itu bermula semasa mereka masing-masing masih belajar dan selepas tamat pengajian, mereka masih lagi setia bersama meskipun kedua-dua mereka berada di tempat yang berbeza, seorang di utara dan seorang di selatan.

Kalau sebelum ini kita sering mendengar kisah tentang lelaki yang ditinggalkan wanita kerana pilihan ibunya, tetapi untuk kali ini, kisah ini mengisahkan tentang wanita yang terpaksa ditinggalkan oleh lelaki itu atas permintaan ibunya yang sudah mempunyai calon isteri buat si lelaki.

“Akbar berusia 28 tahun dan bekerja sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta. Akbar mengenali Lina sejak dari zaman belajar lagi. Hubungan mereka diteruskan meskipun kedua-dua mereka sudah bekerja. Akbar berhajat untuk meminang Lina setelah dirinya stabil dari segi ekonomi. Hajatnya untuk meminang Lina disampaikan kepada ibunya. Ibunya terus menolak dan menyatakan bahawa dia sudah mempunyai pilihan isteri untuk Akbar. Akbar dibesarkan oleh ibunya setelah kematian ayahnya ketika dia masih kecil. Akbar risau sekiranya dia gagal untuk menurut permintaan ibunya itu dia akan mengecewakan ibunya. Justeru Akbar membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Lina meskipun berat untuk Akbar melakukan demikian kerana cinta dia terhadap Lina terlalu kuat.

Lina? Apa yang berlaku pada Lina? Apakah penerimaan Lina terhadap keputusan yang dilakukan oleh Akbar? Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui apa yang dirasainya. Ternyata Lina berasa sangat kecewa akan penjelasan itu. Lina tidak dapat menerima kenyataan itu. Namun, Akbar tidak dapat melakukan apa-apa selain daripada menurut permintaan ibunya itu. Pujuk rayu yang dilakukan olehnya langsung dihiraukan sahaja oleh ibunya.  Akbar terpaksa merelakan sahaja dirinya untuk bernikah dengan orang yang tidak dikenalinya kerana dia yakin suatu hari nanti dia dapat melupakan Lina dan meneruskan hidup dengan wanita pilihan ibunya itu.”

Memutuskan hubungan dengan seseorang yang kita cintai pasti ianya adalah sesuatu yang sangat berat dan sukar untuk dilakukan. Namun, sekiranya tidak mendapat restu daripada ibu bapa, pasti hubungan itu juga akan menjadi sukar untuk diteruskan, ianya adalah demi masa depan hubungan perkahwinan mereka juga, kerana kelak pelbagai masalah akan timbul sebagai contoh wujudnya hubungan yang dingin antara mertua dan menantu dan sebagainya.

Untuk Lina pula, sudah pasti perasaan sedih, kecewa dan sebagainya menyulubungi dirinya, namun Lina haruslah tabah menghadapinya. Setiap apa yang dirancangnya meskipun sudah bertahun lamanya, kalau masih belum jodohnya, pasti dia harus menerima akan ketentuan itu. Tetapkan pada diri sendiri, setiap apa yang berlaku sudah tentu ada hikmahnya. Berdoa pada Allah supaya diberi kekuatan untuk menempuh segala dugaan dan cabaran hidup dan teruskan berusaha dalam mencari calon pengganti yang sesuai.

Sumber : https://baitulmuslim.com

Loading...
SHARE