LUCU-LUCU SERAM !! Tonton Video Ni..Katanya Chef Wan ni terkena SUMPAHAN SIPUT BABI . 

203
0
SHARE

Kalau anda memang followers tegar Chef Wan, mesti korang sedia maklum bahawa chef terkemuka ini gemar muat naik berbagai gambar dan kapsyen panjang lebar beliau di Instagram. Dalam setiap posting mesti ada unsur jenaka dan kadang-kadang meluahkan isi hati mengenai isu semasa dalam negara kita.

Terbaru, agak melucukan apabila Chef Wan memuat naik sebuah video yang menyaksikan dia berubah menjadi ‘Hantu Cina’. Aksi beliau melompat-lompat di sebuah klinik yang terletak di Damansara itu mendapat perhatian pengikutnya.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagatnya yang melucukan. Ada yang terus rasa segar selepas melihat video ini. Sememangnya Chef Wan ada bakat untuk berlakon dalam filem seram.

Lebih melucukan apabila, Chef Wan dalam kapsyen video tersebut memberitahu dia mungkin terkena sumpahan siput babi.

Mana la pulak pergi orang tua Dimentia pagi2 hari ini? Jika orang tak kenal dia mesti depa ingat hantu Cina the Hungry ghost itu sesat jalan nak cari mooncakes itu. Kena uji bakat siri terbaru filem “Zombie Kg Pisang ke 3” la ni? Atau terkena sumpahan dan badi Siput Babi? Rasa2 berapa ha la ni?

Sebelum ini, Chef Wan pernah menjadi  juri tetap, program Maharaja Lawak Mega (MLM) dan mengundang pelbagai reaksi di kalangan pihak. Program ini menjadi semakin ‘panas’ apabila ramai berpendapat komen Chef Wan terlalu ‘pedas’ sehingga menyinggung perasaan peserta.

Sumber:hangat.com

Loading...
SHARE