Perempuan Yang Pernah Disakiti Lebih Tulus Cintanya, Lihat Kenapa…

539
0
SHARE

Perempuan yang pernah ditinggalkan atau dikecewakan memiliki satu sifat yang jauh berbeza daripada perempuan yang tidak pernah disakiti. Lelaki juga mungkin begitu.

Sesiapa yang pernah diuji sehingga hancur hatinya pasti sukar untuk mempercayai mana-mana lelaki/perempuan yang datang kepadanya setelah diperlakukan sebegitu. Ibarat CINTA itu adalah musuh ketat yang paling dibenci kan?

Biarpun begitu, sebaik kamu menemui cinta yang sebenar nanti, pasangan kamu itu adalah orang yang paling beruntung kerana cinta yang kamu luahkan padanya itu adalah lebih tulen.

Orang yang pernah disakiti akan…

#1 Membawa Elemen Positif Luar Biasa Ke Dalam Hidup Kamu

Perempuan yang telah disakiti memang akan jadi pemilih dalam bab-bab mencari pasangan ni. Jadi bila dia menemui kamu lalu jatuh cinta kepadamu… Anggaplah dia sebagai anugerah yang akan mencintaimu sepenuh jiwa dan raganya. Dia pasti tidak akan mengecewakan kamu malah cintanya lebih tulus berbanding wanita-wanita lain yang kamu pernah jumpa sebelum ini.

#2 Dia Tidak Akan Buat Anda Rasa ‘Kosong’

Sumber: Pinterest/Allie Deberry

Kamu mesti tidak akan pernah bosan bercinta dengan ‘orang yang pernah disakiti’. Dalam kekosongan yang anda rasakan, pasti mereka mampu mengembirakan kamu kerana dia tidak akan pernah mensia-siakan kamu seperti dia pernah disia-siakan oleh bekas kekasihnya dahulu.

#3 Dia Akan Ajar Kamu Untuk Jadi Seorang Pemaaf

Kerana sudah terbiasa berduka, wanita yang pernah disakiti tahu bagaimana rasa sakit yang dihadapi pasangannya. Dia akan mengerti segala masalah kamu dan dari situ… dia akan menenangkan kamu dan ajar kamu bagaimana untuk mengubah kesakitan serta kebencian menjadi sesuatu yang lebih positif.

#4 Dia Akan Jadi Sangat Setia Kepadamu

Sumber: Pinterest/Allie Deberry

Percaya atau tidak, dek takut kehilangan orang yang sangat dicintainya lagi, wanita yang pernah dikecewakan akan lebih menghargai perhubungan. Mereka akan beri komitemen sepenuhnya agar hubungan baharunya lebih terpelihara malah akan menjadi orang yang paing setia!

#5 Dia Adalah Orang Yang Jujur & Bersifat Terbuka

Mungkin dahulu, dia adalah orang yang sangat berhati-hati apabila berkomunikasi. Sanggup berdiam diri membiarkan hatinya disakiti tetapi… selepas ditinggalkan, dia sudah berubah secara drastik untuk menjadi lebih terbuka dan percaya bahawa kejujuran itu adalah elemen paling penting dalam sesebuah hubungan.

#6 Dia Rela Selesaikan Masalah Berbanding Meninggalkan Kamu

Sumber: Pinterest/Allie Deberry

Biar bahagia mana pun, sesebuah hubungan itu pasti akan dilanda ujian. Wanita yang sudah pernah disakiti tidak akan mengambil jalan mudah untuk meninggalkan kamu sebaliknya sedaya upaya cuba menyelamatkan hubungan tersebut dengan cara baik. Ini kerana mereka tidak mahu “pisang berbuah dua kali”.

Sumber:www.wanista.com

Loading...
SHARE