Sering Diejek Hitam, Gadis Ini Obses Mahu Putih,Apa Yang Terjadi Selepas itu Amat Mengejutkan!!

3846
0
SHARE

RAMAI anak gadis sekarang mahukan wajah yang putih mulus, flawlesstanpa sebarang cela di wajah.

Tapi sanggupkah anda membahayakan diri sendiri demi untuk kelihatan cantik dan mendapatkan pujian daripada orang sekeliling? Atau demi untuk kepuasan diri?

Seorang gadis di laman Twitter secara terbuka telah berkongsi perjalanan hidupnya untuk mendapatkan wajah yang putih kerana sering diejek oleh adik-beradiknya yang lain kerana memiliki kulit yang sedikit gelap.

Tapi tak dinafikan meskipun tidak mempunyai kulit yang putih, tapi kulitnya kelihatan halus mulus. Dik, jangan tak tahu orang sekarang ni lagi prefer kulit halus mulus daripada kulit cerah tapi sampai sanggup merosakkan sistem badan sendiri.

Pada mulanya dia mengambil suntikan vitamin c yang memakan belanja sebanyak RM300 dan RM10 sebagai upah suntikan di klinik. Namun, kesan masih tidak kelihatan.

Bukan je suntikan vitamin c, tapi segala macam tok nenek supplement dia ambil semata-mata nak putih punya pasal.

Banyak sebenarnya side effect pengambilan supplement yang berlebihan. Mana taknya, bila tak ada apa-apa effect, dia tukar supplement lain. Badan awak tu pun nanti pening, mana satu yang sesuai.

Jangan ingat ambil supplement atau vitamin c ni tak ada kesan sampingan. Kesian buah pinggang tu semua, keliru apa sebenarnya yang awak makan. Sampai beribu-ribu habis semata nak putih?

Katanya, akhirnya dia telah berjaya menemui produk yang sesuai dan mencuba satu produk yang boleh memutihkan kulit sekaligus mengecilkan dan menghilangkan parut jerawat yang ada. Iya, walaupun anda sudah jumpa jawapan kepada ‘masalah’ yang anda hadapi, tapi sedarlah yang kulit anda dah memang bersih.

Orang lain yang ada segala macam jerawat batu tu, sabar je nak dapatkan kulit yang bersih. Tapi awak dah ada kulit yang cantik, masih mahu jadi putih.

Walau macam mana pun, mungkin faktor orang sekeliling yang bersuara sumbang telah membuatkan gadis ni ambil keputusan untuk cuba semua jenis produk pemutih wajah. Tapi, ianya bukanlah alasan sampai membahayakan diri.

Ingat, tak semstinya mempunyai kulit yang putih bermaksud anda cantik. Warna kulit tak menentukan kecantikan seseorang. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Loading...
SHARE