Video Bocor! Resepsi Perkahwinan Mewah Tony Fernandes di Perancis

837
0
SHARE

Video majlis resepsi perkahwinan CEO AirAsia Tony Fernandes kini menjadi tular di media sosial. Video yang datang dari New Straits Times ini didedahkan sehari selepas berita mengenai perkahwinannya gadis dari Korea Selatan.

Klip itu dirakamkan oleh tetamu yang tidak diketahui dalam majlis perkahwinan yang begitu mewah, menunjukkan pasangan pengantin, yang hanya dikenali sebagai Chloe, tiba dari gazebo yang diiringi oleh persembahan oleh penyanyi R&B Amerika, Eric Benet.

Parti perkahwinan itu dipercayai berada di Cote d’Azur di selatan Perancis, di mana pasangan itu telah mengikat tali pernikahan mereka di sana.

Video yang berdurasi dalam 1 init 37 saat, Fernandes dilihat dalam pakaian tuxedo manakala Chloe memakai gaun yang berkilauan.

Benet mendendangkan lagu The Last Time buat pengantin baru, yang tersenyum, sambil berjalan memasuki pintu masuk diiringi tepukan oleh para tetamu.

Tidak banyak yang diketahui tentang Chloe, yang dikatakan berusia 20-an. Portal berita Korea Selatan Naver.com, dalam artikel bertajuk “Who is Chloe?”, melaporkan bahawa dia mungkin seorang pelakon.

Sumber NST

Sumber:hangat.com

Loading...
SHARE